Sunday, May 6, 2012

SARAPAN PAGI

Morning Guys....

Dalam kotak kepala aku pagi ni mengidam macam2 utk buat sarapan pagi. SUBWAY la.. SISTER'S KITCHEN la... x pon NZ CURRY HOUSE pon ok pekena roti canai n tea tarik segelas... mmm yummmy.... Angan2 dari rumah... Tgk jam pagi td da pkol 7 pagi... hahaha... da la hujan.. best nyer tido.. Arhghhh rase cam malas lak nak g keje.

Dengan gembiranya aku masuk lam kete, on radio.. tup2.. JOHARA still lagi cuti... mlas nak dengar SHIRO n DINA berceloteh ak bukak SINAR lagi best. hahaha... OTW g keje jalan atas bukit ampang clear punyer... Best giler.. sejuk n nyaman dengan kehijauan Alam Semulajadi Ciptaan ALLAH yang Maha Berkuasa...

Sampai area Ampang Jaya, ketenangan beta tergugat dengan keadaan trafik yg tidak begitu memuaskan. Bergerak dengan perlahan.. hurmmm Sabar2... Smpai depan sket je lagi.. hahahaha.... 30 min stuck on Traffic jammed without moving. Arghhh... Da la minayk berkelip2.... ontah sampai ker x stesen minyak.. Lastly... sampai jugak ak kat stesen minyak.. tp jam da pkol 8.40...

Smpai ofis kol 9.10 minit.. nak g ATM cucuk duit... kna tutup la plak sbb duit stuck.. hahaha... x ckup ngan kereta duit pon stuck jugak. atoyaiiii.... terus naik ofis ler... Hancur musnahlah harapan beta nak bersarapan td. Huh..... Mengidam beta!!!


Friday, May 4, 2012

SELLBYTEL SERVICES (M) SDN BHD



GTOWER Level 16.09 & 17.09, Ni la office baru aku... Company ni sebenarnya daripada German n bukak branch kat Asia Pacific then dorang pilih KL as their Operation office. Secara x langsung dorang jugak memilih ak utk menganggotai IT Department dorang.. hehehe.... Ramaila sgt kan IT Department...

Basically, this company doing outsource sales for giant company. Contohnye macam HP, NetAPP, Microsoft and even Facebook... Dengar2 nak tambah lagi dalam 120 staff baru utk sales jugak... Ontahla.. larat ke x aku nnt. Kalo x larat.. ehem2... cakap siang pandang2... hehehehe...

Ok la.. got work to do.. da byk aku mengular.. hahahaha.... PEACE yo!!!


My Working Place!!!

Thursday, May 3, 2012

The other side of stories

Wow.. its 12 pm already... masih ade 45 minit tersisa dari baki kerja sebelum aku melangkah ke Tabung Haji utk Solat Jumaat... Berkali aku tekan nak masuk blog ni balik... ma aiii... sampai kne reset password baru ingat... hahahaha.. Dala giler aku x post kat sini...

BERSIH 3.0


BERSIH 3.0 baru jer seminggu berlalu.. banyak tersisa darinya kisah kehidupan rakyat. Ada yang berpuas hati, ade yang tidak dan ada yang plan BERSIH 4.0 selagi kerajaan tidak melaksanakan 8 tuntutan BERSIH... Apakah terlalu sukar dan susah bagi kerajaan untuk melaksanakan tuntutan mereka ini. Aku rasa amat tidak susah malah ade setengah daripada itu dalam perancangan kerajaan. Aku pon bingun kadang2 dengan kerajaan dan juga bingun dgn pembangkang. Tidakkah mereka bawak berbincang bersama2... Tidakkah mereka mencadangkan kepada Yang Di Pertuan Agong akan hal ini dan meminta Agong untuk mempengerusikan mesyuarat antara BN, PKR or sape2 lagi dan berbincang dalam menaikkan taraf hidup rakyat Malaysia bukan sahaja dari segi Pembangunan tetapi juga rohani dan akhlak sahsiah diri. Atau segilintir mereka takut untuk berdepan dengan kebenaran yang akan tersingkap di sebalaik awan hitam selama ini? Panjang lebar la plak... Anak2 sekalian tahu x apa itu tuntutan bersih... Jap ek, ak nak google...

ini dia tuntutan dia secara ringkas & padat:

1. Membersihkan Senarai Undi

2. Mereformasikan Undi POS

3. Pengunaan dakwat kekal

4. Masa Kempen Minima 21 hari

5. Akses Media yang bebas dan ADIL

6. Mengukuhkan Institusi AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. Hentikan POLITIK KOTOR


Aha.. ini dia 8 tuntutan dari Perhimpunan Bersih hari tu. Dalam ramai yang menyertai BERSIH 3.0, aku rasa masih ada yang tidak faham akan tuntutan2 ini.

Apakah kita semua menyayangi negara kita... jika ya.. maka bertindak bijaklah dalam menilai sesuatu... Mereka bisa mengatakan apa sahaja tetapi tidak tidak bisa tahu apa yg terselit di hati kecil mereka. Jika kita menari mengikut rentak mereka tanpa memikirkan sedikitpon.. maka tunggulah hari di mana kita akan menyesal jika tarian mereka mula pincang berkecai.... Ingatlah... Kita masih ada Tuhan yang maha berkuasa untuk kita mohon petunjuk... maka berdoalah... dan terus berdoa....

Thursday, March 4, 2010

Kerja

Today 5 March 2010.... A lot to do. First step into data center, got called from senior. Customer complaint their connection is down. Hurrrrmmmm.... gabra already... Ya lo.. Its dedicated customer. NVM, just act cool as before. Then, went there, syukur2... direct connection is ok... their site have problem.. setel..

Then kene naik Level 29 lak, Nancy panggil.. tukar port telefon.. itu la.. ini la... da siap... kena tunggu cek balik je jam 3 nnt.... now rest a bit then chow to sembahyang jumaat.... hehehe....

Kadang2 jemu dengan kerja.. kadang2.. rase seronok bile bekerja.... ade jugak time boring bila datang kerja tp x de kerja.. cam budak bodo jer dok termenung.. huhuhu... Tp pe2 hal.. kene tunggu sampai petang lor... kol 5 angkat kai n balh.. haha

Saturday, February 27, 2010



Assalamualaikum

Wahai sahabat-sahabat, lama benar rasanya tidak mengunjungi blog sendiri. Entah kenapa tiada ape2 perasaan yang membuat aku untuk menulis di sini sehingga aku membaca blog sahabatku dari yaman. Sudah lama ak meninggalkan suruhan ALLAH yang paling penting dalam kehidupan ini. Dakwah.... Telah lama ak melupakan uslub dakwah. Aku semakin hanyut dalam kesibukan dunia yang mula menelan ak perlahan demi perlahan.

Sahabat, andai aku terleka dalam dunia yang fana ini... kejutkan aku dengan perintah ALLAH yang MAHA AGUNG. Aku semakin lupa tujuanku yang sebenar. Semakin hari aku semakin tamak dengan harta dunia tanpa menyediakan bekal untuk akhirat yang kekal abadi. Aku lupa pada sunnah ajaran rasul, aku membaca kitab ALLAH dengan tidak memahami tuntutannya... Aku leka dan tersangat leka dalam dunia yang semakin dilanda malapetaka yang amat dasyat. Ibu membunuh anak, perempuan bersekedudukan tanpa hubungan sah, perempuan berpakaian tetapi telanjang.... Ya Rabbi, berikan aku kekuatan untuk meneruskan sisa hidupku di jalan mu yang benar dan sahih.

Thursday, November 5, 2009

PERIHAL BABI (dr e-mail yg diterima)

Macam mana pandangan ustaz?”, tanya rakan sekerja saya setibanya saya di pejabat pagi ini.
“Macam mana apa?”, saya terkejut.
“Cuba ustaz check email”, katanya

Pagi ini saya menerima email yang menyertakan gambar-gambar sekumpulan pelajar perubatan haiwan di ladang babi. Email pertama yang saya terima, mempersoalkan tindakan pelajar tersebut memegang dan berposing dengan babi-babi itu. Manakala email kedua, disertakan jawapan dari seorang doktor perubatan haiwan yang cuba menjelaskan tentang hukum memegang, mengurus dan merawat haiwan seperti anjing dan babi.

Pada pandangan saya, jawapan yang diberikan oleh doktor berkenaan itu betul.
Apabila Allah SWT menyatakan tentang pengharaman babi di dalam surah al-Maidah ayat 3, ia telah diperincikan oleh majoriti ahli tafsir bahawa pengharaman yang dimaksudkan itu ialah haram memakannya (dengan beberapa perincian tentang hukum tulang dan lemak, hukum menggunakan kulitnya dan sebagainya).
Tetapi tidak ada sebarang kenyataan dari nas al-Quran dan al-Hadith berkenaan dengan hukum haram pada memegang dan menyentuh babi, khususnya jika sentuhan itu ada keperluan atau maslahah yang jelas. Antara maslahah yang ada ialah apa yang telah diterangkan oleh doktor berkenaan.